.: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran :.

Salam... Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
1.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
2.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati                
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
3.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

.: Bagaimana Bercouple Cara Islam :.

Assalammmualaikum


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".


.: ANYC United :.

Assalammualaikum

ANYC United Logo

ANYC United was formed on 1 January 2009 to oversee futsal/football activities throughout the area of Manjung, Perak. Although a formal association was only formed in 2009, ANYC United has actually had a futsal/football team since 2004, which participated in many tournament around Seri Manjung, Perak.


ANYC United are the one of the most successful team in the Seri Manjung, Perak. They won their first major trophies (Manjung Futsal Championship) in 2009 and were runners-up in the 2010 edition. ANYC United became the first team to achieve unbeatable in Manjung Futsal Championship in 2009 edition.


En.Zaini is the manager for ANYC United since it has be formed. There are four teams in ANYC United: ANYC United (A), ANYC United (B), ANYC United U-15 (A) and ANYC United U-15 (B) . See below for current lineup for each teams. Stadium Fasa 1D is the home ground for ANYC United which located near to Surau An-Nur Fasa 1D2. 


ANYC United nickname is Young Barca because the simple passing technique is the playing style for ANYC United similar to Barcelona style. The team motto is Teamwork, Beautiful, Class, No Fear and Ole!! A favorite tagline among ANYC United supporters is 'main kasi ole!!' because the players of ANYC United like to ole! other team players.


Home Jersey

Away Jersey

.: Gereja Terbesar Di Bukit Jalil :.

salam semua...



Gereja yg akan menjadi gereja terbesar di asia ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan siap dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

kos untuk membina gereja ini ialah RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.gereja 6 tingkat dan tercanggih di dunia ini dalam proses untuk menyiapkanyer sekarang.untuk maklumat lanjut ttg gereja ini rujuk laman web gereja ini http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html dan http://www.calvary.org.my/

Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.

.: Mesyuarat Agong ANYC Ke-2 :.

assalammualaikum...

kpd semua ahli ANYC khususnya, berikut adalah perkara2 yg dibincangkan pd mesyuarat agung yg lepas... walaupun pnjang, harap semua dpt baca dari mula smpi hbs coz nie perkara2 penting yg dibangkitkan di mesyuarat yg lepas...

1) PROGRAM REMAJA
bnda ni dh byk kali abg cakap n masih lg xde perubahan... mulai dri bulan ini, semua ahli2 ANYC WAJIB HADIR pd program remaja yg dijalankan 2 kali sebulan... program nie adalah asas utk membentuk rohani & akidah diri kita... satu peraturan telah ditetapkan iaitu sesiapa yg tidak hadir sebyak 3x berturut-turut tanpa sebarang alasan munasabah, anda akan dibuang dri mnjadi ahli ANYC...

2) QURBAN
pd hari raya aidiladha nanti, remaja ANYC diamanahkan utk melapah seekor lembu... program melapah nie akan dikendalikan oleh pakcik amir... harap semua ahli dapat bersama-sama dlm program melapah lembu nie...

3) PANGKOR EXPLORE RACE
program nie akan diadakan pd bulan dec selepas hbs nye spm... tarikh dan tempat masih blh confirm lg... program nie berunsurkan seperti amazing race dimana kite akan buat program nie sekeliling pangkor... program nie akan dikendalikan oleh aidil, mirul, sidi & jeli... lain2 info akan update kemudian...

4) KURSUS KEPIMPINAN
kursus kepimpinan nie khas utk semua exco tertinggi serta biro-biro ANYC... ianya bertujuan memberi pendedahan kpd remaja2 bgaimana ingin memimpin serta menjalankan tugas dgn sebaik nye... kursus nie dijadualkan diadakan pd awal muaharam tp masih blom di confirm kn lg... kurusu nie akan dikendalikan oleh pakcik amir dan abg fadzil... lain2 update akan kami bg tau kemudian...


.: Perasmian Blog ANYC :.

assammualaikum...

dengan lafaz bismillah, saya selaku pengerusi ANYC dengan ini merasmikan pembukaan blog ANYC untuk semua para pembaca di luar sana... sebelum ini kami digelar sebagai 1D Boyz tapi kami telah menukar nama kepada An-Nur Youth Club dimana kami bergerak lebih maju dari sebelum ini... sekarang kami bergerak di bawah naungan jawatankuasa Surau An-Nur serta KRT 7 Seri Manjung...

dengan ini juga kami membuka blog baru kami dimana didalam blog ini kami akan update segala program atau aktiviti yg dijalankan oleh ANYC beserta gambar... selain itu juga kami akan menyebarkan dakwah islamiah sebagai tanggungjawab kita menegakkan kebenaran yang berlandaskan syariat islam... lain-lain post yg akan kami letakkan di dalam blog ini adalah sudut lawak yg ada unsur pengajaran, IQ test, isu-isu semasa, informasi yang berguna dan lain-lain lagi...

diharapkan semua pembaca blog ini akan terus setia membaca dan melawat blog kami disamping menjadi sahabat ANYC (follower)... jangan lupa klik sudut iklan kami... insyaAllah kami juga akan melakukan blogwaking ke blog2 pembaca kami... insyaAllah juga blog ini akan di-update dari masa ke semasa... sekian, wasalam...

.: Tiada Bil Dari Allah Maka Bersyukurlah :.

Assalammualaikum


Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai.

Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya Syaitan, dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.
Setiap bulan pelbagai jenis bil akan menghiasi ruang hidup kita. Bil air, elektrik, insurans, kereta, cukai dan sebagainya. Kenapa perlu membayar bil?
Bil dibayar kerana kita telah mengunakan sumber atau perkhidmatan daripada pihak tertentu. Setiap perkhidmatan yang kita gunakan sudah tentu perlu dibayar.
Pembekal dan pengguna. Kitarannya adalah sama setiap masa.
Namun, sedarkah kita bahawa ada suatu perkhidmatan yang kita guna tanpa sebarang bayaran dari pembekalnya? Perkhidmatan itu ialah nikmat daripada Allah s.w.t. Segala macam nikmat yang diberikan Allah kepada kita, tanpa kita mengeluarkan satu sen pun.
Semuanya percuma. Ya, segala nikmat itu percuma maka sebab itulah kita semua jarang sekali bersyukur.
Cuba kita mengambil jalan untuk menghitung nikmat Allah. Pasti suatu yang mustahil kerana nikmat Allah itu sungguh luas dan tidak terkira banyaknya.
Firman Allah s.w.t :
"Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia tidak akan terhitung." [brahim:34]
Ini adalah antara nikmat Allah s.w.t kepada kita tanpa bayaran. Mari berfikir bersama-sama.
Nikmat Tubuh Badan
 1. Mata
2. Telinga
3. Hidung
4. Tangan
5. Otak
6. Perut
7. Kaki dan anggota lain
8. Bernafas
9. Melihat
10. Mendengar
11. Merasa
12. Bau
Nikmat Pada Alam Untuk Manusia
1. Haiwan dan tumbuhan untuk makanan
2. Oksigen untuk pernafasan
3. Matahari untuk sumber cahaya
4. Air sebagai minuman
5. Tanah sebagai kediaman dan nikmat yang lainnya

.: Gambar2 Pilihan Program/Aktiviti ANYC :.

salam...

berikut adalah beberapa gmbar yg best pd program or aktiviti yg telah dijalankan oleh ANYC sejak tahun 2005... jom layan:





.: Sejarah Aktiviti/Program ANYC :.

Salam...

utk mereka yg baru nk megenali kami, berikut adalah program atau akiviti yg telah dijalankan oleh ANYC pada tahun 2005 sehingga lah sekarang...

2005
  • Pertubuhan ANYC yg dulu dikenali sebagai 1D Boyz
  • Kejohanan Bola Sepak Fasa 1D

2006
  • Ekspedisi Berbasikal ke Bukit Ungku Busu, Lumut
  • Eskpedisi Berbasikal & Perkhemahan di Teluk Senangin, Perak

2007
  • Eskpedisi Berbasikal & Perkhemahan di Kg Bharu, Perak
  • Perkhemahan Jati Diri Remaja di Pulau Pangkor

2008
  • Survival Camp di Kuala Woh, Tapah, Perak
  • Kejohanan Futsal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...