.: Report: AYB 11-2 ANYC UNITED (B) :.

[ESPN @ ANYC]

Annur Young Boys Mengamuk Lagi


Manjung, Rabu - Pasukan projek ANYC iaitu Annur Young Boys (AYB) terus mengamuk bagai jerung yang dahagakan darah dengan membelasah pasukan no 2 ANYC iaitu ANYC United (B) dengan jaringan 11-2... AYB memulakan season 2012 ini dengan kekalahan pada pasukan juara curi spender iaitu ACS U-15 FC (6-3)... walaubagaimanapun, pada perlawanan kedua, AYB membuktikan bahawa dorng ini pasukan projek ANYC dengan membelasah pasukan Manjung 14 FC dengan 18-4... pagi td AYB terus mempamerkan aksi cemerlang dengan membelasah pasukan ANYC United (B) yang membarisi majority bintang2 ANYC seperti Nadzmi Puyol, Arip Abidal, Sidi Xavi, Rais Mascherano, Kuning Yellow, Irsyad Essien dan gol keeper Azim de Sar... AYB pula dibarisi oleh pemain2 muda yg berbakat besar or future star seperti Amir Neymar, Fahmy de Gea, Akmal Jones, Shahin Messi, Aiman Anderson, Amar Lukaku dan Nafis Wilshere...



Pada separuh masa pertama, AYB banyak memegang bola dan mengasak ke kubu United (b)... first shot on target datang dari player AYB iaitu Shahin Messi dengan rembatan lencong yg singgah di tiang gol lawan... AYB banyak mengasak tetapi sukar untuk menembusi tiga trio iaitu Nadzmi Puyol, Arip Abidal dan Rais Mascherano serta gk iaitu Azim de Sar... pasukan United (b) jarang2 mengasak cuma sekali sekala Kuning Yellow membuat rembatan tapi mudah dibaca oleh def AYB iaitu Akmal Jones serta gk, Fahmy de Gea... pada pertengahan perlawanan, Aiman Anderson berjaya menjaringkan gol apabila rembatan deras menewaskan Azim de Sar... AYB terus mengasak dan berjaya memperoleh gol kedua daripada Nafis Wilshere... pada minit akhir separuh masa pertama, rembatan lambung daripada Amar Lukaku tidak dapat dibaca oleh Azim de Sar dan bola yang mudah tu terus menerjah jaring untuk menjadikan AYB mendahalui United (b) 3-0 di separuh masa pertama...



Bermula separuh masa kedua, United (b) mengubah corak permainan dimana mereka banyak menyerang berbanding di separuh masa pertama... hasilnya Arip Abidal berjaya menjaringkan gol pertama buat United (B) apabila cross dari Irsyad Essien mudah disudahkan oleh Arip Abidal... tersentap dengan gol United (b), AYB cuba kembali menyerang dan akhir nya mereka berjaya memperoleh gol keempat daripada rembatan Aiman Anderson... Shahin Messi menambah duka United (b) apabila menjaringkan 2 gol dalam masa 3 minit untuk menjadikan kedudukan AYB mendahalui United (b) dengan 6-1... Kuning Yellow berjaya menjaringkan 1 gol utk cuba merapatkan kedudukan, walaubagaimanapun kapten AYB berjaya menjaringkan satu gol cantik dengan rembatan deras dari luar kotak penalti... Aiman Anderson melengkapkan hatrik nye apabila bijak memperdayakan Nadzmi Puyol dan terus rembat ke gawang gol menewaskan Azim de Sar... AYB masih tidak puas dengan gol tersebut dan terus mengasak ke kubu lawan dan kini giliran Amar Lukaku utk menjaringkan gol keduanya apabila mudah menjaringkan gol daripada hantaran lintang oleh Aiman Anderson... pada minit2 akhir perlawanan, Shahin Messi membuktikan yg beliau pemain terbaik apabila menjaringkan dua gol lagi dan menjadikan 4 gol yang dijaringkan oleh nye pada perlawanan ini... jelas United (b) tidak dapat menyaingi pasukan AYB... keputusan penuh Annur Young Boys 11-2 ANYC United (B)... sekian... - frs7-


P/S: tahniah kpd pasukan anyc yg berjaya menewaskan anyc united (b)... utk ayb banyak lg kelemahan2 yg perlu diperbaiki dan match nie byk improvement berbanding dgn game2 sebelum nie... utk united (b) pulak, korng ade ramai defend yg hebat cuma korng perlu kn players attacking... kedua-dua team ade sebulan lbh sebelum tournament pada awal bulan 3... ade masa lg utk improve n scouting players lain..

.: Keupayaan OKU Bermain Bola Sepak :.

Assalammualaikum... Orang Kurang Upaya atau OKU pun pandai main bola jugak, diorang pun kena buat peluh untuk kekal sihat. Ye tak, dah lah cacat, sakit pulak, tak ke menyusahkan orang ramai. Perlawanan bola sepak yang cool khas untuk OKU ini dijalankan di Haiti pada 12 Januari yang lalu untuk memperingati gempa bumi dasyat yang berlaku pada hari yang sama. Mari kita lihat semangat OKU yang tidak pernah kenal erti putus asa ini. Kita yang sihat dan cukup anggota badan ini pula bagaimana?


ANYC - Walaupun mereka tidak berkaki, walaupun Allah SWT menarik sedikit nikmat berjalan, namun mereka tetap bersemangat dalam pasukan bola sepak yang disertai. Adakah korng yang dipilih utk bermain bola sepak ade semangat mcm nie?? lg satu, kalau Allah dah bg sesuatu anugerah or nikmat, janglah berlagak sombong... dengan kate lain poyo laa... lps tu menghina orang yg lagi lemah... Ingat, semua kat dunia nie datang dari Allah n Allah juga blh menarik nikmat or anugerah yg kite ade tu bila2 masa sahaja... bersyukur lah!! sekian, wasalam...

.: Report ANNUR YOUNG BOYS 3-6 ACS U-15 FC :.

‎[ESPN @ ANYC]

Sabtu, 14/1/12 - Kehebatan ACS U-15 FC selaku juara bertahan piala apek jual spender terbukti bertapa hebat nye mereka ini apabila mudah menewaskan Annur Young Boys FC dengan jaringan 6-3... tactical aggressive yang digunakan apek (manager acs) begitu berkesan sehingga Annur Young Boys tidak dapat beraksi dengan cemerlang... mungkin latihan ketika mencuri spender laa kunci kejayaan team ACS U-15 FC ini... kehadiran 100 000 penyokong Annur Young Boys langsung tidak mematahkan semangat juang ACS... memang pencuri spender yang professional dorang ini...



pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati... Annur Young Boys yang banyak pegang bola dan control game.. walaubagaimana pun, ACS U-15 FC mendahalui dengan sepakan kencang dari luar kotak penalti...Shahin Halim menyamakan kedudukan apabila through ball dari kapten Annur Young Boys, Muhammad Amir Syazani mudah disudahkan oleh shahin... ketika perlawanan menghampiri separuh masa, ACS kembali dihadapan yang berpunca daripada kesilapan penjaga gol Annur Young Boys, Syahrul Fahmi... separuh masa berakhir dengan ACS mendahalui Annur Young Boys 2-1....



bermula separuh masa kedua, ACS mengubah corak permainan dengan bermain lebih aggressive... banyak contact dan tackle yang agak kasar... maybe pengalaman dorng ketika mencuri spender menyebabkan tactic aggressive dorng berkesan... dengan tactic ini laa ACS mendahalui Annur Young Boys dengan kedudukan 6-1... Annur Young Boys tidak dapat bermain dengan cemerlang dan mentality down dengan corak aggressive pasukan ACS... defend Annur Young Boys, Akmal Arif yang menggantikan tempat Nasrul Hakim juga tidak tahan dengan corak aggressive ACS... lebih padah lagi, akmal terpaksa dikeluarkan kerana injured ketika salah seorang pemain ACS mencuri (tackle) spender akmal dengan kasar... kemasukkan Amyril Hazreel dan Amar Rosli juga tidak membawa banyak perubahan... akhir sekali, Annur Young Boys memasukkan pemain dari Korea Utara iaitu Nafis Asyraf yang ketika ini dalam percubaan (trial) untuk memasuki Annur Young Boys... kemasukkan nafis sedikit sebanyak mengubah corak permainan Annur Young Boys... diminit akhir perlawanan, Nafis membuktikan beliau layak untuk memasuki Annur Young Boys dengan merembat dari blind spot untuk gol kedua Annur Young Boys... Aiman Haniff menjaringkan gol ketiga untuk Annur Young Boys tapi semua nye sudah terlewat untuk Annur Young Boys cuba mengejar jaringan... keputusan akhir, Annur Young Boys 3-6 ACS U-15 FC...



P/S: abg selaku manager Annur Young Boys blh dikatakan team nie bermain agak cemerlang di awal perlawanan... tp corak aggressive dari pasukan lawan menyebabkan dorng nie jadi kelam kabut... mental dorng marah n down... sbb tu pasukan lwn ambk kesempatan utk jaring kan lbh byk gol... menang n kalah adalah adat permainan, tp abg nak korng smua ade improvement pd game2 akan dtng... terima kasih jgk kpd semua penyokong anyc yg sudi datang td... jangan laa marah2 or kutuk2 dorng nie... team dorng nie masih diperingkat awal n insyaAllah dorng akan improve dari masa ke semasa... bagi dorng masa... sekian, wasalam...

.: Kehebatan Matematik :.

Assalammualaikum... Jom kita baca mengenai kehebatan matematik:


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888



Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:


1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%


.: Preview ANNUR YOUNG BOYS vs ACS U-15 FC :.


[ESPN @ ANYC]

Sabtu, 14 Jan 2012 - Menjelang perlawanan pertama dalam seri persahabatan ANYC Futsal season 2012, Annur Young Boys akan menentang pasukan ACS U-15 FC yang merupakan juara antara apek curi spender... perlawanan ini akan berlangsung di MISA Futsal Complex pada 14 Jan 2012 jam 4 petang... tidak ade siaran secara langsung sama ada ESPN, Star Sport mahupun apek astro superspender... penyokong2 setia dinasihatkan supaya hadir lebih awal ke stadium bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas di sekitar daerah manjung... dijangkakan 20 buah bas akan datang dari seluruh semenanjung Malaysia disamping 10 buah kapal dari seluruh dunia yang akan berlabuh di jeti Lumut... 

bagi pasukan Annur Young Boys FC, Nasrul Hakim atau lebih dikenali sebagai atoi sudah pasti tidak dapat diturunkan kerana kecederaan kaki terburai yang disebabkan aksi berani mati atoi memijak kaca2 diatas jalan raya... laporan dari Hospital Manjung mengatakan atoi ini tidak laa seberani mana kerana ketika dibedah siasat, atoi menyalak2 di dalam wad sehingga menyebabkan wad orang tua sakit jantung... atoi dijangkan tidak dpt beraksi selama sebulan... tiga lagi players yang injured sebelum ini iaitu Amar Rosli, Aiman Haniff dan Syahrul Fahmi dijangka pulih sepenuhnya esok hari... cuma penjaga gol yang dilaporkan tangan bengkak yang berpunca dari pekerjaan sambilannya sebagai sumo... kapten pasukan, Muhammad Amir Syazani dijangkan akan mengemudi team Annur Young Boys bersama pemain2 lain seperti Akmal Arif, Shahin Halim dan Amyril Hazreel... manager pasukan, Faris Sidek mengulas perlawanan ini akan mengukur sejauh mana pasukan Annur Young Boys untuk beraksi di Manjung Champion League yang bermula Mac 2012 ini...

manakala bagi pasukan, ACS U-15 FC pula, mereka dijangka akan menurunkan semua pemain2 utama nye... kesemua pemain diberi cuti oleh apek dari mencuri spender untuk bagi pemain2 untuk fokus pada perlawanan ini... tidak ade sebarang kecedaraan dilaporkan ketika mencuri spender... kesemua pemain2 ACS U-15 merupakan pemain2 dari skuad yang menjuarai piala juara2 apek curi spender...

diharapkan esok kepada yg berkelapangan, jom ramai2 kite ke MISA untuk saksikan perlawanan diantara Annur Young Boys vs ACS U-15 FC... sekian, wasalam...

P/S: berita ini hanya lawak semata-mata... tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia... sorry kalau ada yang terasa... =)


.: Gambar2 Pemain Terkemuka Bola Sepak Semasa Kecil :.

salam... jom tgk beberapa 'star' footballer time dorng kecik2 dulu...


Christiano Ronaldo



David Beckham



Jose Mourinho



Petr Cech



Cesc Fabregas



Deco



Paul Scholes



Ryan Giggs



Steven Gerrard



Frank Lampard



Michael Ballack



Fernando Torres



Wayne Rooney



Zinedine Zidane



Ronaldinho



Michael Owen



Ronaldo



Thiery Henry



Lionel Messi


lain-lain:

mesti korng x caye kn? tp nie laa fact muka dorng time kecik2 dulu...

maybe suatu hari nie muka2 nie plak yg jadi bintang bola sepak dunia... mane laa tau kan... tiada yg mustahil pn utk dorng nie jd 'star'... dimane ade kamahuan, di situ ade jalan, insyaAllah... sekian, wasalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...