.: Selamat Datang :.

Assalammualaikum... Selamat datang ke blog rasmi Kelab Remaja Annur Fasa 1D atau lebih dikenali sebagai 1D Annur Youth Club (ANYC). ANYC telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan orang yang bertanggungjawab dalam menubuhkan ANYC ini adalah cikgu Shuhaili yang juga merupakan penasihat ANYC ini. Penubuhan ANYC ini adalah bertitik-tolak dari remaja-remaja sekitar kawasan fasa 1D, Seri Manjung, Perak. Mereka ini mempunyai kesedaran yg tinggi dari segi rohani, mental dan fizikal. Sehingga kini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh ANYC seperti perkhemahan tahunan, halaqah, kelas pengajian al-quran, kem motivasi dan banyak lagi. Dengan siap nya surau baru fasa 1D, ANYC akan semakin aktif mendidik remaja yang berjiwa Islam disamping kuat fizikan dan mental. Pada masa ini, ANYC akan bergerak bersama dibawah penasihat cikgu Shuhaili dan abg Fadzil serta ANYC dipengerusikan oleh abg Faris yang dibantu oleh Amin dan juga Aidil.

Di dalam blog ANYC ini, kami akan menceritakan mengenai aktiviti-akitiviti yang kami jalankan disamping tazkirah/artikel yang berbentuk islamiah. Selain itu, kami juga akan post cerita di sekitar Malaysia dan juga dunia. Sudut hiburan juga akan kami kemukakan seperti lawak-lawak yang ada unsur pengajaran. Kami mengharapkan blog ANYC ini boleh menjadikan tauladan bersama dalam menegakkan syiah Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...