.: Kejohanan Futsal Kembali Lagi :.

Assalammualaikum

Setelah hampir setahun menyepi, Kejohanan Futsal Manjung (Manjung Futsal Championship) akan kembali pada tahun 2012. Pada edisi pertama iaitu pada tahun 2009, pasukan FC 1D Boyz (kini ANYC United) telah muncul juara dan edisi kedua (2010), pasukan The Tapir Warriors muncul juara dengan menewaskan juara bertahan FC 1D Boyz yang main tanpa beberapa tunggak utama. Pada tahun 2011, Kejohanan Futsal Manjung ini tidak dapat dijalankan atas sebab kegawatan ekonomi dan pihak penganjur terpaksa membubarkan kejohanan ini. Walaubagaimanapun, kejohanan futsal yang berprestij ini akan kembali semula dengan penganjur yang baru iaitu An-Nur Youth Club (ANYC) dengan kerjasama Surau An-Nur dan Rukun Tertangga Seri Manjung (KRT 7). Kejohanan edisi baru ini telah ditukar nama kepada Kejohanan Futsal Piala An-Nur. Kejohanan kali ini akan dipecahkan kepada 2 kategori iaitu bawah 15 tahun dan open (16 tahun keatas). Kejohanan ini akan diadakan pada bulan Mac 2012. Setakat ini masih belum ada sebarang kertas kerja dibuat hanya baru mendapat kelulusan untuk menjalankan kejohanan ini. Pihak penganjuar akan memberitahu kemudian mengenai kejohanan ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...