.: Mesyuarat Agong ANYC Ke-2 :.

assalammualaikum...

kpd semua ahli ANYC khususnya, berikut adalah perkara2 yg dibincangkan pd mesyuarat agung yg lepas... walaupun pnjang, harap semua dpt baca dari mula smpi hbs coz nie perkara2 penting yg dibangkitkan di mesyuarat yg lepas...

1) PROGRAM REMAJA
bnda ni dh byk kali abg cakap n masih lg xde perubahan... mulai dri bulan ini, semua ahli2 ANYC WAJIB HADIR pd program remaja yg dijalankan 2 kali sebulan... program nie adalah asas utk membentuk rohani & akidah diri kita... satu peraturan telah ditetapkan iaitu sesiapa yg tidak hadir sebyak 3x berturut-turut tanpa sebarang alasan munasabah, anda akan dibuang dri mnjadi ahli ANYC...

2) QURBAN
pd hari raya aidiladha nanti, remaja ANYC diamanahkan utk melapah seekor lembu... program melapah nie akan dikendalikan oleh pakcik amir... harap semua ahli dapat bersama-sama dlm program melapah lembu nie...

3) PANGKOR EXPLORE RACE
program nie akan diadakan pd bulan dec selepas hbs nye spm... tarikh dan tempat masih blh confirm lg... program nie berunsurkan seperti amazing race dimana kite akan buat program nie sekeliling pangkor... program nie akan dikendalikan oleh aidil, mirul, sidi & jeli... lain2 info akan update kemudian...

4) KURSUS KEPIMPINAN
kursus kepimpinan nie khas utk semua exco tertinggi serta biro-biro ANYC... ianya bertujuan memberi pendedahan kpd remaja2 bgaimana ingin memimpin serta menjalankan tugas dgn sebaik nye... kursus nie dijadualkan diadakan pd awal muaharam tp masih blom di confirm kn lg... kurusu nie akan dikendalikan oleh pakcik amir dan abg fadzil... lain2 update akan kami bg tau kemudian...




seterusnya adalah 4 main program/aktiviti yg akan dijalankan pd tahun 2012... pd mesyuarat lepas, jawatankuasa ANYC bersetuju utk menjalankan main program/aktiviti nie mengikut 4 penggal dlm setahun... seperti yg semua tahu, kesemua program/aktiviti pd thn 2012 kite blh mula menggunakan duit tabung ANYC... walaubagaimanapun duit tabung nie hnya blh dikeluarkan dgn kebenaran/kelulusan dri pengerusi & bendahari AMYC... 4 main program/aktiviti adalah:

1) KEJOHANAN FUTSAL PIALA ANYC
kejohanan nie terbahagi kpd 2 kategori iaitu open & bwh 15 thn... kategori open kite akan menjemput team2 dari luar seperti TLDM, TNB, wakil UniKL dan lain2 lg, manakala utk kategori bwh 15 thn, team2 dri fasa2 lain akan dijemput serta mana2 wakil sek bwh 15 thn yg ign turut serta... dua piala pusingan utk juara kategori masing2 serta lain2 cenderamata... program nie akan dikendalikan oleh biro sukan & riadah ANYC serta shahin... lain2 info akan update kemudian...

2) PERKHEMAHAN TAHUNAN ANYC
insyaAllah perkhemahan tahunan ANYC pd 2012 akan diadakan di negeri Kedah... tmpat perkhemahan masih dlm pemilihan... perkhemahan kali ini akan diadakan pd cuti sekolah pertengahan tahun iaitu lewat mei or awl jun.. insyaAllah jga perkhemahan nie akan ade kelainan berbanding dgn perkhemahan sebelum2 nie... byk aktiviti2/program2 baru akan dijalankan... perkhemahan tahunan ini akan dikendalikan oleh aidil, mirul, sidi & jeli... lain2 update akan diberitahu kemudian...

3) MAJLIS BERBUKA PUASA & JAMUAN RAYA ANYC
utk majlis berbuka puasa thn 2012, insyaAllah kite akan buat kt hotel yg grand skit berbanding sebelum2 nie... dgn ade nye wang tabung ANYC, kite blh cari tempat yg best n mkn sedap2... arip bersama nuar, bob & kuning akan handle program majlis berbuka puasa ini...

utk jamuan raya ANYC pula, kite akan sambung sequel dri The Making of Lemang dgn keluaran terbaru dri ANYC iaitu Make Good of Lemang... sequel nie akan diadakan bersama majlis aidilfitri ANYC dimana kite akan menjemput semua warga fasa 1D utk turut serta... Make Good of Lemang akan diarahkan oleh pakcik amir...

4) LAWATAN SAMBIL BELAJAR
lawatan sambil belajar nie merupakan main aktiviti terakhir ANYC pd tahun 2012... ianye akan dijalankan pd cuti sekolah akhir thn iaitu bulan dec selepas spm 2012... so far tidak byk info berkaitan dgn lawatan nie... cuma khabar angin mengatakan lawatan nie akan dijalankan di negeri terengganu... sebarang info akan kami update kmudian... lawatan nie akan di-organize oleh arip, adham & nadzmi...

selain dri dana tabung ANYC, insyaAllah kite jga akan dpt dana peruntukkan dri KRT 7... dgn perlantikkan pakcik amir sbgai pengerusi KRT, ianya akan memudahkan urusan kite utk mendapatkan dana dri KRT... walaubgaimanapn, kite perlu usaha lbh dgn membuat kertas kerja & surat2 dgn lebih serious dan teratur utk mendapatkan dana dri KRT ini...

LAIN-LAIN PROGRAM/AKTIVITI/PROJEK ANYC PD TAHUNG 2012:
1) Jersi khas utk pasukan ANYC United
2) Polo shirt ANYC bersama Surau Annur
3) Kursus sembelih
4) Kelas bahasa arab
5) Kem ibadah solat
6) Motivasi PMR & SPM
7) lain-lain...


kesimpulan nye diharapkan semua perancangan program/aktiviti ANYC nie dpt dijalankan dgn jayanya... harap semua yg diamanahkan utk organize program/aktiviti nie dapat menjalankan tugas sebaik mngkin... rancang dulu sebelum buat keputusan & pastikan buat kerja secara berkumpulan n bekerjasama antara satu sama lain... selain itu juga, abg harap smua ahli2 ANYC dpt tinggkatkan komitmen kite sbgai remaja surau annur... abg2 dan pakcik2 berusaha bersungguh-sungguh utk memantapkan serta menaikkan nama ANYC nie... hargai usaha mereka2 nie... harap semua nye dpt keberkatan dri Allah... sekian, wasalam



- Pengerusi ANYC 2011/2012 -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...