.: Preview ANNUR YOUNG BOYS vs ACS U-15 FC :.


[ESPN @ ANYC]

Sabtu, 14 Jan 2012 - Menjelang perlawanan pertama dalam seri persahabatan ANYC Futsal season 2012, Annur Young Boys akan menentang pasukan ACS U-15 FC yang merupakan juara antara apek curi spender... perlawanan ini akan berlangsung di MISA Futsal Complex pada 14 Jan 2012 jam 4 petang... tidak ade siaran secara langsung sama ada ESPN, Star Sport mahupun apek astro superspender... penyokong2 setia dinasihatkan supaya hadir lebih awal ke stadium bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas di sekitar daerah manjung... dijangkakan 20 buah bas akan datang dari seluruh semenanjung Malaysia disamping 10 buah kapal dari seluruh dunia yang akan berlabuh di jeti Lumut... 

bagi pasukan Annur Young Boys FC, Nasrul Hakim atau lebih dikenali sebagai atoi sudah pasti tidak dapat diturunkan kerana kecederaan kaki terburai yang disebabkan aksi berani mati atoi memijak kaca2 diatas jalan raya... laporan dari Hospital Manjung mengatakan atoi ini tidak laa seberani mana kerana ketika dibedah siasat, atoi menyalak2 di dalam wad sehingga menyebabkan wad orang tua sakit jantung... atoi dijangkan tidak dpt beraksi selama sebulan... tiga lagi players yang injured sebelum ini iaitu Amar Rosli, Aiman Haniff dan Syahrul Fahmi dijangka pulih sepenuhnya esok hari... cuma penjaga gol yang dilaporkan tangan bengkak yang berpunca dari pekerjaan sambilannya sebagai sumo... kapten pasukan, Muhammad Amir Syazani dijangkan akan mengemudi team Annur Young Boys bersama pemain2 lain seperti Akmal Arif, Shahin Halim dan Amyril Hazreel... manager pasukan, Faris Sidek mengulas perlawanan ini akan mengukur sejauh mana pasukan Annur Young Boys untuk beraksi di Manjung Champion League yang bermula Mac 2012 ini...

manakala bagi pasukan, ACS U-15 FC pula, mereka dijangka akan menurunkan semua pemain2 utama nye... kesemua pemain diberi cuti oleh apek dari mencuri spender untuk bagi pemain2 untuk fokus pada perlawanan ini... tidak ade sebarang kecedaraan dilaporkan ketika mencuri spender... kesemua pemain2 ACS U-15 merupakan pemain2 dari skuad yang menjuarai piala juara2 apek curi spender...

diharapkan esok kepada yg berkelapangan, jom ramai2 kite ke MISA untuk saksikan perlawanan diantara Annur Young Boys vs ACS U-15 FC... sekian, wasalam...

P/S: berita ini hanya lawak semata-mata... tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia... sorry kalau ada yang terasa... =)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...