.: Report: AYB 11-2 ANYC UNITED (B) :.

[ESPN @ ANYC]

Annur Young Boys Mengamuk Lagi


Manjung, Rabu - Pasukan projek ANYC iaitu Annur Young Boys (AYB) terus mengamuk bagai jerung yang dahagakan darah dengan membelasah pasukan no 2 ANYC iaitu ANYC United (B) dengan jaringan 11-2... AYB memulakan season 2012 ini dengan kekalahan pada pasukan juara curi spender iaitu ACS U-15 FC (6-3)... walaubagaimanapun, pada perlawanan kedua, AYB membuktikan bahawa dorng ini pasukan projek ANYC dengan membelasah pasukan Manjung 14 FC dengan 18-4... pagi td AYB terus mempamerkan aksi cemerlang dengan membelasah pasukan ANYC United (B) yang membarisi majority bintang2 ANYC seperti Nadzmi Puyol, Arip Abidal, Sidi Xavi, Rais Mascherano, Kuning Yellow, Irsyad Essien dan gol keeper Azim de Sar... AYB pula dibarisi oleh pemain2 muda yg berbakat besar or future star seperti Amir Neymar, Fahmy de Gea, Akmal Jones, Shahin Messi, Aiman Anderson, Amar Lukaku dan Nafis Wilshere...



Pada separuh masa pertama, AYB banyak memegang bola dan mengasak ke kubu United (b)... first shot on target datang dari player AYB iaitu Shahin Messi dengan rembatan lencong yg singgah di tiang gol lawan... AYB banyak mengasak tetapi sukar untuk menembusi tiga trio iaitu Nadzmi Puyol, Arip Abidal dan Rais Mascherano serta gk iaitu Azim de Sar... pasukan United (b) jarang2 mengasak cuma sekali sekala Kuning Yellow membuat rembatan tapi mudah dibaca oleh def AYB iaitu Akmal Jones serta gk, Fahmy de Gea... pada pertengahan perlawanan, Aiman Anderson berjaya menjaringkan gol apabila rembatan deras menewaskan Azim de Sar... AYB terus mengasak dan berjaya memperoleh gol kedua daripada Nafis Wilshere... pada minit akhir separuh masa pertama, rembatan lambung daripada Amar Lukaku tidak dapat dibaca oleh Azim de Sar dan bola yang mudah tu terus menerjah jaring untuk menjadikan AYB mendahalui United (b) 3-0 di separuh masa pertama...



Bermula separuh masa kedua, United (b) mengubah corak permainan dimana mereka banyak menyerang berbanding di separuh masa pertama... hasilnya Arip Abidal berjaya menjaringkan gol pertama buat United (B) apabila cross dari Irsyad Essien mudah disudahkan oleh Arip Abidal... tersentap dengan gol United (b), AYB cuba kembali menyerang dan akhir nya mereka berjaya memperoleh gol keempat daripada rembatan Aiman Anderson... Shahin Messi menambah duka United (b) apabila menjaringkan 2 gol dalam masa 3 minit untuk menjadikan kedudukan AYB mendahalui United (b) dengan 6-1... Kuning Yellow berjaya menjaringkan 1 gol utk cuba merapatkan kedudukan, walaubagaimanapun kapten AYB berjaya menjaringkan satu gol cantik dengan rembatan deras dari luar kotak penalti... Aiman Anderson melengkapkan hatrik nye apabila bijak memperdayakan Nadzmi Puyol dan terus rembat ke gawang gol menewaskan Azim de Sar... AYB masih tidak puas dengan gol tersebut dan terus mengasak ke kubu lawan dan kini giliran Amar Lukaku utk menjaringkan gol keduanya apabila mudah menjaringkan gol daripada hantaran lintang oleh Aiman Anderson... pada minit2 akhir perlawanan, Shahin Messi membuktikan yg beliau pemain terbaik apabila menjaringkan dua gol lagi dan menjadikan 4 gol yang dijaringkan oleh nye pada perlawanan ini... jelas United (b) tidak dapat menyaingi pasukan AYB... keputusan penuh Annur Young Boys 11-2 ANYC United (B)... sekian... - frs7-


P/S: tahniah kpd pasukan anyc yg berjaya menewaskan anyc united (b)... utk ayb banyak lg kelemahan2 yg perlu diperbaiki dan match nie byk improvement berbanding dgn game2 sebelum nie... utk united (b) pulak, korng ade ramai defend yg hebat cuma korng perlu kn players attacking... kedua-dua team ade sebulan lbh sebelum tournament pada awal bulan 3... ade masa lg utk improve n scouting players lain..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...